FELDA TENGGAROH

Tenggaroh

 Tenggaroh merupakan sebuah gugusan Felda yang diwujudkan pada era 1970-an lagi.
Ia terletak di antara daerah Kota Tinggi dan Mersing. Pada asalnya ia adalah kawasan hutan yang masih belum diterokai lagi. Setelah mendapati kawasan ini strategik untuk melakukan pembangunan pertanian, maka gugusan Tenggaroh telah dibina selain membantu penduduk meraih pendapatan tetap.


Petempatan

Hasil penduduk

Ia merupakan gugusan Felda yang terbesar di negeri Johor. Pendapatan utama penduduk merupakan hasil kelapa sawit. Kelapa Sawit ini diperoleh daripada Felda untuk tujuan memudahkan penduduk setempat mendapatkan benih kelapa sawit tersebut. Felda juga membekalkan baja kelapa sawit serta kelengkapan lain untuk penduduk seperti sistem koperasi felda. Koperasi Felda ini memudahkan penduduk setempat mendapatkan bekalan seperti beras.

Sekolah menengah di Tenggaroh

  • Sekolah Menengah Tenggaroh A
    Tingkatan 1 hingga 6
  • Sekolah Menengah Tenggaroh B (kini Sekolah Menengah Tan Sri Abdul Kadir)
    Tingkatan 1 hingga 5

Tempat menarik

Antara tempat menarik yang terdapat di Tenggaroh adalah seperti pantai Tanjung Leman. Ia seringkali menjadi tumpuan pelancong Singapura untuk berkelah. Ia juga menjadi persingahan untuk ke pulau yang berdekatan serta pusat memancing penduduk setempat.

Daerah

Gugusan Felda Tenggaroh terletak dalam daerah Mersing kecuali untuk Felda selatan 1 dan Felda selatan 2. Felda selatan 1 dan felda selatan 2 merupakan di bawah daerah Kota Tinggi.